Thursday, March 31, 2011

Diary: Our 3rd Anniversary (Part 2)

By MKA,

Ini adalah kesinambungan dari posting pertama kami DI SINI
 

Umar Zareef yang sental apa saja.

Apa sahaja disuap akan dimakan. Tapi kebelakangan ni da pandai demand sikit. Nak makan yang sedap jee.
Irdina yang bosan menuggu makanan yang tidak kunjung tiba.
Irdina kalau ade air, minum je lah keje die. Makan tak nak.
Sesekali makan makanan omputih laa pulak.
Undilah saya untuk masa depan yang lebih terjamin. Antara manifesto saya ialah, setiap kanak-kanak di bawah 2-tahun yang bermastautin di Mukim Ampang dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun dari tarikh permohonan yang mana tempoh waktu tersebut adalah berterusan dan kedua ibubapa atau salah seorang darinya adalah anak jati Selangor atau telah menetap di Selangor selama 10 tahun berturut-turut dari tarikh permohonan dan warganegara Malaysia yang sah, layak menerima subsidi 100% keatas pembelian botol susu BPA free yang mana pembelian tersebut disertakan dengan resit pembelian yang sah serta pembelian itu tidak lebih dari 30 hari dari tarikh permohonan dan pembelian mestilah dari mana-mana kedai di Selangor sahaja.
Mee Usus. Bak kate orang dulu-dulu.

Bersama ibu yang tercinta, walaupun itulah ibu yang selalu merotan mereka jika mereka nakal atau melanggar perintah atau melanggar mana-mana kod etika kelakuan dirumah yang digubal oleh jawatankuasa disiplin am dan perintah-perintah am yang dianggotai oleh ibu sahaja.
Kesalahan yang telah dilakukan: 1) penggunaan sudu yang salah serta membahayakan.2) makan melebihi had kemampuan 3) berkeadaan comot serta tidak kemas semasa makan dan yang terakhir 4) gagal membuktikan bahawa bismillah telah dibacakan sebelum makan. Oleh kerana ini adalah kesalahan pertama hanya teguran yang diberikan. Kesalahan ini jika diulang, teguran dengan nada keras akan diberikan dan setiap kesalahan seterusnya akan dicubit di pipi.

1 komen:

IrdinaZareef said...

oiii...suke suki je...