Saturday, May 14, 2011

Satay Station (new outlet) - Ampang Water Front

by MKA,

Satu lagi restoran sate yang baru dibuka di Waterfront Ampang. Kali ini, Satay Station. Ini adalah outlet mereka yang ke-3 selepas Kg. Pandan dan Setiawangsa. Lokasinya ialah berhadapan dengan lampu isyarat simpang 3 Jalan Bukit Belacan ke Hulu Langat/Kajang. Restoran ini mengambil keseluruhan ruang bawah kompleks perniagaan disitu serta mempunyai meja dan kerusi yang cukup banyak serta boleh memuatkan sehingga kira-kira 300-400 pengunjung.


Dek kerana rumah kami yang terletak hanya sebalingan batu juahnya, kami tiba seawal jam 8 malam, sejurus selesai solat maghrib. Pada waktu ini, masih belum ramai pengunjung yang hadir.
Hari ini adalah hari kedua pembukaan restoran ini, maka pengunjung yang hadir dihiburkan oleh nyanyian tradisional. Ia adalah sebahagian dari aktiviti promosi dan pengenalan restoran baru ini. Persembahan yang ditunjukkan adalah memuaskan serta bertepatan dengan tema restoran ini.
Pemilihan kerusi dan meja adalah sangat bertepatan serta memiliki kualiti seperti restoran-restoran ternama yang lain. Mempunyai platform yang diperbuat dari mar-mar serta menggunakan kayu jati sebagai rangkanya memang membuatkan para pengunjung berasa selesa dan yakin.
Dalam masa 15 minit sahaja kami dapat lihat semakin ramai pengunjung yang mula hadir. Ramai diantara mereka datang dalam berkumpulan atau datang dengan seisi keluarga mereka.

Yang dapat kami lihat, banyak lagi gerai-gerai yang akan menjual lebih banyak variasi makanan serta minuman yang akan dibuka. Namun pada waktu gambar ini diambil, selain dari gerai sate, hanya gerai mi rebus dan bandung sahaja yang baru dibuka. Gerai-gerai selain dari sate adalah gerai "sub-tenant" yang mana ianya disewakan kepada peniaga lain tetapi beroperasi dibawah logo restoran ini.





Bagi kanak-kanak yang masih bayi, hanya tidur sahajalah kerjanya.
Hidangan sate kami pun tiba. Waktu yang diambil dari masa pesanan diambil hingga makanan tiba adalah lebih kurang 15 ke 20 minit. Dibandingkan dengan sate Haji Samuri, mereka mengabil masa 60% lebih lama. Tetapi penilaian ini mungkin agak terlalu "premature" kerana para pekerja mereka masih baru dan belum betul-betul mahir. Namun apa yang boleh dipuji, ada seorang staf mereka yang akan berlegar-legar untuk mendapat feedback dari pelanggan berkenaan masa menunggu mereka serta ketepatan pesanan mereka seperti, adakah jumlah sate yang dapat adalah seperti yang dipesan, kesilapan staf mereka serta maklum balas yang lain.
Food tester Irdina. Beliau mendakwa sate di sini mempunyai rasa yang agak berlainan dari outlet mereka ynag lain. Namun rasanya boleh dikatakan lazat dari yang lain. Namun dari segi saiz, mungkin sedikit kecil berbanding Haji Samuri. Namun kami tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan kami.

Apa yang kami dapati, sate mereka adalah lebih lazat dimakan tanpa menggunakan kuah kacang mereka. Kuah yang disediakan disini tidaklah seperti yang diharapkan kami. Namun kami tiada maklumat dari tanggapan pelanggan yang lain.

Apa yang paling ingin diketahui oleh pembaca mungkin adalah harga. Maklumat yang kami ada cumalah sate ayng dan daging sahaja. Keduanya dijual dengan harga yang sama iaitu RM 0.90 secucuk. Jika dibandingkan dengan Sate Haji Samuri, harganya adalah RM 0.60 di cawangan utama Kajang dan RM 0.70 di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Secara keseluruhannya, kami berpendapat kualiti makanan yang disediakan dinilai dari segi kesedapan dan keseluruhanya adalah OK. Kami juga menasihatkan pembaca untuk mencuba restoran ini jika ada kelapangan dan rezeki. Sekian.

Pelan Lokasi:

Koordinat: N3 08.613 E101 46.782

2 komen:

IrdinaZareef said...

"bagi kanak-kanak yang masih bayi" <- what kind of term is that???heheh

Amim Blog said...

Salam ,
jumpa pon pasal satay ni . hari tu ada lalu , teringin jugak nk singgah . tapi time tu duit xde :P
Saje search kat internet nk tau pasal kedai ni . so far , berbaloi x makan kat sini ?
Saya ni peminat satay . Selalunya saya pergi ke satay hut tanjung karang sebab memang lain rasanya . Kalau akak pernah pergi satay hut , agak2 akak yg mana lagi sedap berbanding satay station ni ?