Thursday, November 24, 2011

Boeing 737-800 MAS yang masih bau kedai lagi (Updated)

Kali naik MH dapat Boeing 737-800 yang baru. Masuk je dalam kapal terbang, masih kuat lagi bau leather seat die. Nampak sangat masih baru. Livery pon dengan design yang baru. Rekaan dalaman boleh juga serba baru. Tiada lagi seperti macam 747-400 yang sangat buruk dan terlalu usang itu. Masuk je mate dah sakit. Yang paling menariknya tentang kapal yang baru ini, terdapat juga Sky Interior di dalam ruang kelas ekonomi. Tiada lagi design siling yang membosankan.

Menjelang 2014 kesemua 747-400 akan dikeluarkan dari perkhidmatan dan digantikan dengan model ini. Ia termasuk seperti destinasi seperti Kuching, KK, Labuan, Vietnam, Tokyo, Seoul dll, termasuk juga London, salah satu contoh long haul yang menggunakan pesawat baru ini.
Legroom.
Pandangan ruang tempat duduk.

Seat divider lebih kecil tetapi lebih selesa dan cantik.
 Legroom memang takkan dibesarkan lagi. Sebab lagi besar, lagi kurang revenue yang boleh dikumpul syarikat penerbangan. Kalau nak besar, naek Business Class laaa.

Alat kawalan media (in stowed position)
Alat media control diletakkan di hadapan kerusi, berbeza dengan style lama ynag terletak di arm chair.

Dilengkapi dengan keyboard. Mungkin pada masa akan datang untuk long haul flight, akses internet akan dibekalkan maka adalah tidak mustahil lagi untuk menghantar e-mel semasa dalam penerbangan.
Berbeza berbanding model lama, setiap tempat duduk kelas ekonomi dilengkapi dengan skrin individu dan alat kawalan media.

Antara ciri-ciri major yang baru diperkenalkan ialah Sky Interior. Warna lampu ini boleh ditukar-tukar. Namun dalam penerbangan ini ia dikekalkan dalam warna biru sahaja.


Panel kawalan lambu pembacaan serta penghawa dingin.

Reka bentuk siling yang baru. Masih mengekalkan konsep lama, tetapi dengan wajah serta teknologi yang baru.

Reka bentuk lampu yang baru. Tidak banyak yang berbeza.


Yang paling penting sekali ialah reka bentuk sayap yang baru. Luas permukaan sayap dinaikkan sebanyak 25% yang membolehkan kapasiti bahan bakar dinaikkan sebanayak 30%. Ini membolehkan ianya sesuai untuk dijadikan pesawat penerbangan antara benua. Jika diperhatikan, sayap pesawat ini juga terdapat winglet yang sebelum ini hanya terdapat pada pesawat Airbus sahaja. Dikatan ianya mampu mengurangkan rintangan angin serta memberi lebih daya angkatan yang mana boleh juga diterjemahkan sebagai peningkatan kecekapan penggunaan bahan bakar.

Skrin media jauh lebih terang, lebih tajam dan mempunyai dynamic range yang lebih tinggi. Di samping itu ia mempunyai kebolehan untuk menayangkan media berdefinisi tinggi (HD).

Makanan masih sama sahaja. Sarapan Nasi Lemak atau Roti Putar.
Namun kritikan boleh juga diberikan kepada MAS yang tidak menyediakan ear phone untuk penerbangan short haul. Alasan yang diberikan, ia adalah penerbangan short haul. Apa kejadahnya. Mengapa untuk destinasi yang sama, Thai airways boleh membekalkannya malah boleh diambil pulang secara percuma. Adalah amat janggal untuk para penumpang dibekalkan dengan tayangan filem individu tetapi hanya menonton filem bisu. Setiap penerbangan, minimum due filem baru dibekalkan tetapi menonton filem bisu. Pelik.

 Updated:

Video:

1 komen:

IrdinaZareef said...

Mungkin hanya untuk ditonton dgn andaian sndiri jln ceritanye