Dalam update peta GPS Malfreemaps edisi akan datang, Idaman Bayu Bandar Sri Sendayan yang baru sahaja disiapkan itu akan boleh dicari dan navigate menggunakan alat GPS anda jika anda menggunakan GPS map bermula keluaran selepas 14 November 2011. Map update yang boleh didapati adalah Garmin, Papago, Galactio dan Mio-Polnav.
Pemetaan yang saya lakukan adalah menggunakan Garmin unit yang mana method pemetaan yang digunakan adalah 1 second tracklog. Kaedah ini adalah yang terbaik serta yang paling tepat yang mampu saya lakukan. Pemetaan dilakukan pada petang 10 November 2011. Oleh kerana raw data 1sec tracklog tidak boleh diterjemahkan secara terus oleh Mapsource, maka ia harus diproses menggunakan Nutrack, sebuah perisian pemterjemahan maklumat koordinat GPS yang mampu menterjemahkan sebarang format raw data yang dihasilkan oleh semua unit GPS yang terdapat di dunia. Ia juga boleh digunakan dengan percuma serta mudah. Nutrack mampu menterjemahkan format .bin kepada .gdb yang boleh dibaca oleh Garmin Mapsource(tm). Data koordinat GPS ini seterusnya hendaklah diserahkan kepada regional mapper Malfreemaps untuk sesuatu kawasan itu. Dalam kes ini, ia adalah regional mapper "fancheng" yang bertanggungjawab bagi Negeri Sembilan. Penyerahan kod GPS ini mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan maklumat asli ini dari terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab yang seterusnya boleh diposkan ditempat lain dan mengambil kredit atas kerja yang telah dilakukan oleh seseorang mapper.
Saya memilih Malfreemaps kerana komuniti ini adalah open community serta memuat turun peta GPS dari forum ini terbuka kepada sesiapa sahaja. Komuniti lain adalah Malsingmaps yang berkolaborasi dengan Garmin Singapore. Untuk memuat turun peta terbaru Malsingmaps, anda dimestikan untuk melakukan contribution pada kadar minimum tertentu sebelum diberikan unlock code untuk peta terbaru. Garmin Singapore juga menggunakan peta Malsingmaps bagi bi-annual map update mereka yang hanya boleh di muat turun oleh pemilik unit Garmin yang sah sahaja.
Gambar di atas ialah track info seperti yang di paparkan oleh Garmin Mapsource. Jika diperhatikan dengan betul sela masa untuk setiap titik koordinat yang direkodkan adalah satu saat. Jika anda menggunakan mode rakaman koordinat biasa, sela masa adalah secara rawak dari 1 saat ke 1 minit serta koordinat yang dirakam adalah tidak begitu jitu.
Gambar diatas telah diedit bagi menandakan nama jalan. Penting bagi mapper sebelum release map baru untuk para pengguna.Anda boleh lihat bahawa titik-titik koordinat yang direkodkan adalah sangat padat dan tepat. Sehinggakan semasa anda memandu anda mengelak kereta yang diletakkan di bahu jalan, ia juga akan direkodkan secara terperinci serta boleh dilihat di dalam view di atas.
Gambar di atas adalah gambaran dengan menggunakan sistem rakaman koordinat biasa. Titik koordinat yang dirakan sanagt tidak jitu, tidak tepat. Sela masa tidak menentu yang mana jika anda mensimulasi menggunakan mapsorce, agak susah untuk anda menentukan jalan fizikal dengan tepat. Maklumat ini tidak layak digunakan untuk pemetaan GPS.
0 komen:
Post a Comment