Bersempena dengan kedatangan Papa (Pak Long) dan Mama (Mak Long) Irdina&Zareef, kami telah berkesempatan untuk mengunjungi sungai perkelahan yang paling tidak popular di Malaysia iaitu, kawasan perkelahan haram Lubok Manggis di Hulu Langat, Selangor. Kawasan perkelahan ini hanya dipisahkan beberapa kilometer sahaja dari kawasan air terjun maut Sungai Congkak. Pada kebiasaanya, kawasan ini tidaklah sesesak Sungai Congkak yang jauh lagi terkenal itu.
Walaupun pemandangan yang agak tidak cantik, air di kawasan ini amatlah menyegarkan. Pada waktu yang paling panas pun, suhu airnya tidak boleh melebihi 23 darjah celcius. Air di sini masih jernih warnanya serta kualitinya adalah masih selamat diminum begitu sahaja.
(gambar-gambar org yang tidak berkenaan dlm hidup
telah diambil tindakan sewajarnya)
Kanak dinasihatkan sentiasa ditemani oleh orang dewasa. Kawasan berbatu yang licin serta arus deras amatlah berbahaya pada kanak-kanak.
Bagi pengunjung yang memrlukan kawasan berbumbung, wakaf berbayar ada disediakan disini. Bayaranya pula ialah RM20 sekali masuk. Walaubagaimanapun, pondok-pondok kelihatan amat uzur syarie.
Kawasan parking haram juga disediakan di sini. Jika penuh, pengunjung bolehlah meletakkan kenderaan ditepi-tepi jalan. Tapi awas jangan sampai mengganggu laluan bas dan lori.
Oleh kerana air di sini datangnya dari empangan Langat, iaitu sebuah empangan air, para pengunjung dinasihatkan untuk sentiasa memantau kederasan air semasa. Kadar discharge purata air disini adalah 540 liter sesaat dan boleh naik sehingga 800-900 L/s pada ketika puncak atau hujan lebat.
Jika anda inginkan kawasan perkelahan yang berhampiran dengan ibu kota, murah serta memuaskan, kami mencadangkan tempat perkelahan ini.
Update 22 may 2011:
IrdinaZareef mengucapkan takziah kepada rumah anak-anak Yatim Persatuan Anak Yatim Malaysia, Madrasah at-Taqwa di Felcra Semungkis, Kg. Sungai Gahal, Hulu Langat. Kami mendoakan agar mangsa yang terkorban ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kawasan perkelahan ini terletak tidak jauh dari rumah anak yatim tersebut. Sebelum sampai ke kawasan ini, anda akan tiba di simpang masuk ke Felcra Semungkis dahulu.
1 komen:
Rasanya sblm mandi kat situ kena jengok kawasan perumahan sebelah atas tak jauh dari masjid tepi sungai tu kemana air buangan disalurkan
Post a Comment