Friday, August 19, 2011

Jaez Halal Mart, Kg. Sungai Kelambu, Banting

by MKA,

Memandangkan ketibaan hari lebaran yang sudah hampir, maka tibalah masanya untuk kita membeli dan membelah untuk hari raya. Jika lambat nanti akan berkumandanglah khutbah dari ibu kami yang cuak kalau-kalau hari raya tanpa kuih raya. Jika itu terjadi, bermakna ia adalah satu catastrophic disaster, bukan sebab malu kepada tetamu yang datang, tetapi sakit telingan dengar leteran ibu.

Maka untuk mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku, kami bawa sendiri ibu kami untuk bershopping di tempat yang beliau suka. Disampaikan oleh rakan-rakan gosipnya bahawa terdapat satu kedai borong yang menjual kuih raya serta kerepek-kerepak pada harga yang amat berpatutan. Maka dengan cergas kami bergegas ke tempat yang didakwa itu. Ia adalah Jaez Halal Mart di Kampung Sungai Kelambu, Banting, Selangor.

First impression kami, memang terlampau banyak pilihan yang ada. Jika iman tidak kuat memang boleh pokai dibuatnya. Makanan serperti keropok dan kerepek kebanyakannya dibuat sendiri oleh pengusaha kedai ini, ia menjelaskan kenapa mereka boleh jual pada harga yang lebih rendah dari pasaran biasa. Di samping itu, barang-barang mentah seperti ubi, pisang, minyak masak dan lain-lain boleh didapati dari petani dan pengusaha ladang di sekitar kawasan tersebut.

Kawasan barangan borong dan juga tempat pembungkusan makanan.
Rambang mata.
Biskut Raya.
Selain dari kerepek dan keropok, terdapat juga biskut raya. Harga satu bekas seperti di atas adalah RM 13.80, ini termasuk juga biskut Almond London. Harga satu bekas biskut Chocolate Praline pula lebih mahal sedikit iaitu RM16.00.
Kerepek Pisang. Satu kampit RM 27.00.

Keropok Tiub. Satu kampit besar RM 17.00.
Inilah barang-barang yang kami beli. Ibu tersenyum gembira sebab duit die tidak keluar.
Di samping itu, membeli belah disini juga amat selesa kerana terdapat kawasan letak kereta yang mencukupi. Tapi menurut penduduk tempatan yang kami temu bual mengatakan kawasan ini akan menjadi crowded (disebut dalam slang jawa) apabila waktu malam, hujung minggu dan beberapa hari sebelum raya.

Pintu masuk
Loading bay untuk pembelian air minuman ringan secara pukal.

Bagi yang berhajat untuk mengunjungi kedai ini, ia terletak di Jalan Bunga Raya 2, Kampung Sg. Kelambu, Banting Selangor. Untuk GPS Lover, koordinat disertakan di bawah:

N 02°47.184’ E101°32.656

Sekian.

5 komen:

chazalle said...

menariknya tempat ni... kita org selalu pegi fazz enterprise a.k.a kerepek house kat area kelanang... tpt tu serabuk sket sbb ramai org... letak jer kerepek, habis!

tpt n nampak selesa & teratur... next time ler gi tgk...

IrdinaZareef said...

sile..sile..

Anonymous said...

tokeynye hj jamaludin mcm sial....kalo korang tau perangai dia,sumpah korang xnak datang..harap kopiah je kat kepala..tp penoh dgn sifat bongkak dg org kampong....org kampong dah lama pulaukan jaez..harap org luar je datang....

Anonymous said...

Ya Allah... Xbaik ckp mcm tu. Sy penah jumpa dia. Baik orangnya siap bagi free air lg. Jangan tuduh melulu tanpa siasat and jumpa depan2.

Anonymous said...

tak kenal lepas tu nak maki org. mulut ko tu elok bisu jea. ko tu bagus sangat ke. entah-entah ko yang bongkak dan org kg yg pulaukan kau yang tak ada adab dan mulut macam longkang.