Saturday, October 15, 2011

Selepas 28 tahun peniaga Pasar Malam Kg. Delek kena halau

by MKA,

Selepas 28 tahun kewujudan pasar malam Kg. Delek Kiri, Klang, akhirnya pada 14 Oktober 2011 ia telah di pindahkan ke tapak baru kira-kira 200 meter dari tapak asal. Pasar malam Kg. Delek ini yang dibuka pada setiap hari Jumaat malam Sabtu, memang sudah menjadi sinonim dengan penduduk setempat. Namun perpindahan ini mendapat tentangan hebat dari para peniaga yang telah sekian lama berniaga di tapak bersejarah ini. Tapak baru yang diberikan juga terletak di dalam Kg. Delek Kiri, tetapi walaubagaimanapun, tapak baru itu dikatakan jauh lebih kecil, sempit, terletak di jalan mati, jauh dari kawasan tumpuan serta tersorok.

Saya telah diberitahu oleh pekedai berdekatan bahawa para peniaga tiba di lokasi lama tapak pasar malam seperti kebiasaannya pada petang 14 Oktober, namun mereka dihalang memasuki tapak ini oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang. Halangan telah menyebabkan pertengkaran lidah diantara penguatkuasa dan para peniaga yang tidak berpuas hati. Bagi mengelakkan peniaga dari memasuki tapak pasar malam ini yang bermula di Simpang Tiga Surau Hj. Abas dan berakhir di simpang empat selekoh masuk ke Jalan Kg. Delek Baru, pihak berkuasa MPK telah menghalang jalan tersebut sehingga kira-kira pukul 8 malam setelah hampir kesemua peniaga akur dan meninggalkan tempat tersebut. Namun tinjauan di tapak baru kawasan Pasar Malam mendapati tidak kelihatan langsung sebarang tanda-tanda peniaga memulakan jualan di tempat baru ini. Dikatakan ini sebagai tanda protes terhadap tindakan penutupan oleh pihak MPK. Rata-rata peniaga merungut akan kerugian yang dialami terutama peniaga makanan yang gagal menjual barangan mereka.

Tinjauan pada pukul 10 malam, tidak kelihatan langsung peniaga pasar malam memulakan perniagaan samada di tapak lama dan di tapak baru. Maka hari ini adalah hari bersejarah untuk penduduk Kg. Delek yang mana, buat pertama kalinya dalam 28 tahun, penduduk Kg. Delek mengharungi hari Jumaat malam Sabtu tanpa pasar malam.


Pintu masuk pasar malam yang kelihatan lengang.

Tanda tapak lama yang telah dipadam.

Tapak baru yang lebih pendek serta terletak di jalan mati tidak disenangi oleh peniaga.

Sekian.

1 komen:

Anonymous said...

For ur info, peniaga2 ni memang cari pasal. Diaorang berniaga depan rumah orang. Tapak tu depan rumah orang. Kalau dah macam tu, macam mana orang rumah nak masuk/keluar kereta? Mak aku dulu pon meniaga di kawasan tu. so, kitaorang ada gak pikir pasal benda ni. Yang masuk tv3 ni sebab peniaga2 ni yang kecoh. Tapak baru pasar malam tu depan rumah aku je. Memangla hujung tapi orang2 yg tinggal di sana x kesah sebab ada banyak jalan nak masuk rumah diaorang. Aku pelik la. Tiba2 cakap pasal parti pembangkang. Diaorang ikut sedap je. Memangla dah berbbelas taun meniaga kat situ,dah sedap duduk situ tapi diaorang x pikir plak pasal org2 yang stay kat sana. Nak keluar pon susah. Kereta kena parking luar la. Ntah apa2 ntah