Friday, February 11, 2011

Irdina Zareef Travel: Zoo Taiping

By MKA,

Zoo Taiping adalah sebuah zoo (of course) yang terletak di Taiping (takkan di Kota Bharu pula), Perak Darul Ridzuan. Ia lebih dikenali sebgai "Zoo Tepen" oleh penduduk tempatan. Ia menempatkan berbagai jenis haiwan liar yang amat jarang kita boleh jumpai di luar. Yuran masuk adalah RM12.00 untuk orang dewasa atau nampak seperti dewasa, dan diskaun 50% untuk kanak bawah 12 tahun dan warga emas. Disamping itu pihak Zoo juga akan memberikan diskaun kepada penduduk tempatan. Semasa anda membeli tiket anda akan ditanya: "Encik dari mana?". Jika anda berkehendakkan diskaun, jawablah begini: "saya mai daghi Kamuntin, oghang sini jaa". Namun yang demikian, penulis tidak menyokong sebarang penipuan dan menasihati kepada setiap pengunjung supaya jujur dan ikhlas.

Mengikut fakta, Zoo Taiping tidaklah sebesar Zoo Negara di kuala Lumpur dan Zoo Melaka di Ayer Keroh. Tetapi mengikut pengalaman kami yang hanya berjalan disepanjang trek, untuk menghabiskan satu tawaf memang boleh lepuh kaki di buatnya. Bagusnya Zoo ini, treknya dibina hanya satu route sahaja, dan tidalah bersimpang-siur yang bisa membuatkan pengunjung "ter-skip" beberapa binatang serta pening-pening lalat.

Satu lagi kebaikan zoo ini adalah "tram ride" diberi percuma sahaja tanpa sebarang kos tambahan. Hampir semua binatang yang anda jangkakan dari sebuah zoo boleh didapati di sini kecuali zirafah.

Gambar-gambar yang dilampirkan di bawah adalah di ambil dari Zoo Taiping.

Burung, tapi tidaklah penulis tahu ini burung apa.

Siamang kot?


Yang ini saya tahu, Orang Utan



Ikan


Ikan lagi.



Encik Cimpanzi



Babi berbulu lebat



Buaya






Burung Unta



Flamingo.




Kura-kura



Biarlah wakk.



Gajah sedang berhajat besar dan kecil sekali gus.



Badak sumbu



Swan



Harimau. Apabila beliau nampak kami berdiri di luar pagar, beliau terus berenang kearah kami konon nak terkam la tuh.

Banyak lagi binatang yang menanti nada di sana. Kami memang cadangkan zoo ini kepada anda semua. Untuk ke sana mudah sahaja jika anda menggunakan GPS navigator.

0 komen: