Setelah membaca dengan penuh ghairah artikel berkenaan Semenyih Rabbit Farm di NST, saya berasa amat teruja untuk melihat kehebatan, kecantikan dan ke"best"an taman arnab ini. Sebelum ini penulis beranggapan bahawa taman arnab hanyalah taman yang terdapat arnab, tetapi semuanya berubah setelah penulis menjejakkan sendiri kaki ke taman ini sehingga terpijak tahi kuda.
Terletak hanya lebih kurang 30 minit pemanduan dari Kuala Lumpur, ia memang ideal bagi warga kota.Yuran masuk ke taman ini adalah sebanyak RM 5.00 sahaja untuk dewasa, dan percuma untuk kanak-kanak bawah 2 tahun. Budak atas 2 tahun tidaklah diketahui.Antara aktiviti yang menarik disajikan disini ialah seperti memberi makan kepada arnab serta binatang lain, kejar binatang dan menaiki kuda padi.
Pemilik taman ini memang mempunyai idea yang sangat bijak iaitu dengan menjual pek makanan yang boleh dibeli dengan harga RM 10.00. Maka keuntungan boleh dicapai dengan tiga cara iaitu pertama, dengan harga yuran masuk. Kedua dari keuntungan jualan pek makanan, dan yang ketiga, binatang-binatang disini tidak perlu diberi makan lagi kerana telah diberi oleh pengunjung yang hadir. Maka anda juga boleh menjalankan tanggungjawab anda untuk "menyumbang".
Para pengunjung dinasihati tidak perlu memberi makanan kepada arnab disini kerana mereka semua memang sudah kenyang. Gambar di atas menunjukkan makanan yang dihulurkan dibalas dengan "buat dek".
Oleh kerana arnab-arnab di sini sangat jinak, jadi tiada masalah untuk memegang serta bermain-main dengan mereka.
Seekor arnab sedang beristirehat.
Kandang ini sangat luas, dan amat selesa....untuk arnab.Ini adalah seekor kuda padi. Beliau selalu beranagan-agan ingin menjadi "noble steed" dan ditunggangi seorang Raja yang memimpin tentera yang besar serta menakluk banyak negara. Tetapi buat masa ini tugas beliau adalah menjadi kuda tunggangan kepada kanak-kanak.
Memang sedih melihat monyet diperlakukan sedimikian. Tetapi dan namanya moyet, nak buat macamana.
Pertunjukan tarian monyet adalah salah satu tarikan yang ditawarkan oleh taman ini.
Didalam sesuatu kandang kambing, akan ada seekor kambing yang paling dominan. Selalunya kambing ini akan menanduk serta meyerang kambing lain yang cuba ingin mendapatkan makanan dari pengunjung. Di dalam gambar ini kambing yang dominan adalah yang ke-2 dari kanan serta berwarna perang. Oleh kerana suka membolot makanan, lihat sajalah badan beliau yang gemuk itu. Memang sesuai untuk disembelih sahaja.
Antara aktiviti yang kurang faedah yang disediakan kepada para pengunjung.
Kandang kambing boer.
Rusa
Lembu susu yang diimport khas dari New Zealand. Yang betina sesuai dipanggil "ibu" oleh kebanyakan para pengunjung.
Kandang arnab yang terpanjang di Asia.
Aktiviti memberi makan kambing. Memang agak lahap kambing ini.
Bila makanan habis asyik dok mengembek minta lagi. Sudah-sudah la tu kambing oiiii.
Memang membosankan bagi kanak-kanak yang tak pandai berjalan.
Lobak depan mata pun tidak heran.
Akhir sekali penulis ingin memberi beberapa nasihat. Jika ingin berkunjung ke taman ini, dinasihati tidak melakukannya pada waktu pagi kerana ia akan penuh sesak dengan pengunjung yang ramai. Anda dinasihati untuk datang dalam pukul 1 hingga 3 petang. Walaupun waktu ini selalunya sangat panas, tetapi jangan risau kerana taman ini sangat redup kerana dipenuhi degan pokok-pokok serta kawasan berteduh yang banyak. Untuk ke taman ini agak mudah. Jika dari KL anda boleh menggunakan lebuhraya Cheras-Kajang untuk ke Semenyih. Sesampai ke pekan Semenyih, ambil simpang kekiri ke University of Nottingham. Taman ini hanya atas sedikit dari UN sahaja. Selamat mencuba. Jika tak best jangan marah.
0 komen:
Post a Comment