Sunday, July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadhan (3 hari berbeza kpd 3 golongan berbeza)

MKA,

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua pembaca blog IrdinaZareef. Agar kita semua dilimpahi dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini serta diampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu. Kami juga ingin meminta berbayak-banyak keampunan dari anda semua jika ada salah dan silap agar kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan sabar.

Di Malaysia, Singapura, Brunei dan Majlis Ulamak Indonesia, Nadhatul Ulamak dan Majlis Ugama Islam Thai akan menyambut Ramadhan bermula pada 1 Ogos 2011 dan mula menunaikan solat Tarawikh pada 31 Julai 2011.

Bagi pengikut Tarikat Naqsyabandiah mereka telah pun memulakan ibadah puasa pada Sabtu 30 Julai dan mula menunaikan solat tarawikh pada Jumaat 29 Julai. Cara penentuan pengikut tarikat ini berbeza sedikit dari yang lain kerana mereka tidak menggunakan sebarang alat bantuan melihat bagi menentukan tarikh mula puasa, tetapi hanya menggunakan "naked eye" yang mana fasa bulan dipantau dari masa ke semasa bermula 22 Syaaban.

Bagi beberapa golongan lain termasuk pengikut mazhab Syiah akan memulakan ibadah puasa pada 31 Julai dan telahpun menunaikan solat tarawikh pada Maghrib 30 Julai 2011.

Pembetulan:
Brunei akan bermula puasa pada 2 Ogos 2011.

Sekian.

Thursday, July 28, 2011

Bakar rumah sendiri gara-gara Malaysia kalah

by MKA,

Dah lah hati tengah panas sebab Malaysia kalah kepada Singapore dalam perlawanan kelayakan piala dunia, rumah jiran kami pulak terbakar. Nasib baik kebakaran hanya menghanguskan bingkai tingkap dapur mereka sahaja, jika kebakaran lebih besar lagi, mungkin api boleh sampai ke rumah kami yang hanya selang sebuah rumah sahaja.
Punca kebakaran adalah disebabkan kecuaian tuan rumah yang lupa memadamkan dapur gas sebelum keluar rumah. Dikatakan tuan rumah sedang memanaskan lauk dan tiba-tiba mendapat panggilan bahawa salah seorang ahli keluarga beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya, lalu beliau terus sahaja bergegas keluar tanpa memadamkan api dapur. Dalam kira-kira pukul 10 malam, seorang jiran yang tinggal di belakang rumah beliau ternampak api sedang marak dan terus memberitahu jiran yang lain dan kami semua membantu memadamkan kebakaran.

Selepas api dipadamkan, barulah anggota bomba tiba dengan berbekalkan dua jentera pemadam serta diiringi polis trafik. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 17 juta yang mana sebahagian besarnya adalah kos kuah kari yang telah kering di dalam kuali tersebut.

Time ni sume tengah happy, Malaysia br je score 1-0

Bomba lewat tiba sebab tersesat, api pun dah padam.

Nasib baik kau, kalau tidak tidur bawah pokok lah engkau. Silap-silap aku pun sama.

Time ni dan tension, sebab Singapore dah score.

Dah alang-alang sampai, bomba pun buatlah laporan. OK lah dari xde apa-apa.

Sekian, terima kasih.

Umar..in person

Ini dia gelagat anak bujang ibu..










dan akhirnya..setelah semua tenaga dikerah..



posted from Bloggeroid

Dagang Pak Malau....

Kajang Pak Malau, Kajang Berlipat
Kajang Hamba Mengkuang Layu
Dagang Pak Malau, Dagang Bertempat
Dagang Hamba Musafir Lalu

Sejak berpindah ke sebuah kawasan perumahan di Ampang (lokasi sebenar dirahsiakan), kami telah pun berkenalan dgn jiran tetangga di kawasan sekitarnya (walaupun ada yang tidak sempat dikenali)..hehe...
Cik Din jiran sebelah rumah (yang selalu basuh baju)..
Auntie Taichi (selalu g taichi pagi2)..
Wak di rumah hujung (Wak ni mcm sidang kat area situ)..
Mak Ni rumah seberang berdepan rumah kami (sangat2 ramah)..
Khairul juga berdepan rumah kami (baru dapat baby)..
Uncle Pemukul Hanjing..(yang selalu basuh kete)
tu je yg sempat berkenalan..eh ade lg Abe Le Tanoh Meghoh dok belakang rumah...haaa~

Adat la bagi orang yang berdagang seperti kami ini berbuat baik dgn orang yang berbuat baik dengan kita...di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung...di saat kita susah memerlukan, jiran-jiran yang baik ini insyaAllah akan membantu kita...



Sabda Baginda SAW bermaksud:

“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)

Umat Islam dilarang menyakiti jiran termasuk bukan Islam walaupun mereka bersikap sombong atau tidak mesra. Sebaliknya, tunjukkan contoh yang baik dan sentiasa mengambil berat keperluan jiran serta membantu apabila diperlukan.

...pengajarannya...itu baru dengan jiran...ini kan pula dengan keluarga...jangan lah kelak kita diumpamakan seperti anjing dalam perumpamaan melayu yang popular "UMPAMA MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT"




Peribahasa seperti melepaskan anjing tersepit atau madu diberi dibalas tuba selalu merujuk kepada pertolongan yang diberi kepada makhluk yang tidak tahu membalas, malahan menyusahkan pula orang yang telah membantunya itu. Dengan kata mudah, Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit bermaksud menolong orang yang tidak tahu berterima kasih.

...marang perapu kapunden..parang sekeeeeeeeperrrr....hak ptuih~

Tuesday, July 26, 2011

Hari Jadi Dayang Dayana Ruslan

by MKA,

Gambar harijadi Yana.















Sekian.

Monday, July 25, 2011

Momok..

Momok tu ape?
sape bole confirmkn momok tu btul2 ade?
btul ke nama dia momok?
dia mngaku ke nama dia momok?
momok jadi dpd ape?
knape kita kene takut dgn momok?
perlu ke wujudnya momok dlm hidup kita?

Kalau kite yg tua ni pn tak leh nak jwb smua soalan tu dgn sgt2 confirm & yakin..

Maka..jgn la takut kan anak2 tentang smua tu..


Ajar la anak2 utk takut hanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa..



posted from Bloggeroid

Sunday, July 24, 2011

Musim Petai Tiba Lagi (featuring Pak Unggal Botak)

by MKA,

Musim petai telah tiba lagi, kali ini di Tanjung Bidara, Melaka. Dengan hasil pengeluaran yang agak baik pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, maka kami telah memutuskan untuk mengeluarkan kontrak pemungutan serta penjualan petai di tanah milik bapa kami iaitu Hj Abdul Rahman Din. Penganugerahan kontrak yang dijalankan secara rundingan terus itu telah di berikan kepada Encik Pak Unggal Botak dengan nilai kontrak yang mencecah RM30. Skop kontrak ini meliputi kerja-kerja pemetikan petai pada pokok yang berkenaan, kerja-kerja pemungutan hasil serta penjualan secara langsung kepada pekedai yang berdekatan yang mana kos transportasi dan konsultansi juga dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan kontrak.


Oleh kerana kecederaan yang di alami oleh Pak Unggal, maka pemetikan petai hanya dijalankan menggunakan kaedah penggalahan berpisau. Teknik yang lebih berkesan iaitu, pemanjatan tidak dapat dilakukan oleh kerana masalah kecederaan yang membelengui beliau sejak beberapa minggu yang lalu. Ini juga menyebabkan nilai kontrak yang dipersetujui telah diturunkan dari nilai sebenar ke nilai yang telah dinyatakan di atas.



Teknik penggalahan yang dijalankan memerlukan kemahiran yang tinggi yang mana tidak ramai yang mampu memahirkan diri mereka. Walaupun ianya adalah teknik yang kedua paling berkesan, tetapi ia adalah teknik yang paling mudah. Di sini, galah yang digunakan adalah galah kelas C yang mana panjang keseluruhan menegak adalah tidak melebihi 6 meter.

Kemahiran serta ketekunan dan ketelitian harus dititikberatkan oleh setiap penggalah profesional.

Antara hasil yang berjaya dikutipkan.

Dalam beberapa keadaan, tangga harus digunakan untuk mencapai ketinggian yang diingini.



Pembantu diperlukan sekiranya tangga digunakan. Pembantu tidak memerlukan sebarang kemahiran atau sijil kemahiran.




Imbangan badan adalah salah satu kemahiran yang perlu ada.

Pemerhatian yang jitu bukanlah satu syarat wajib, tetapi jika ianya ada, dapat membantu menambahkan hasil pulangan.


Teknik satu tangan memerlukan kemahiran sekurang-kurangnya sepuluh tahun untuk dipelajari.





Ketajaman pisau adalah faktor yang amat penting sekali.




Penyediaan yang dilakukan sebelum proses pembungkusan boleh dijalankan.

Sekian,