Monday, July 11, 2011

Coconut shake Tg. Bidara- Coconut shake terbaik melaka 2011

MKA,

Ramai yang cakap coconut shake Tg. Bidara adalah antara yang terbaik di muka bumi ini. Jadi oleh kerana review yang positif dari ramai orang, maka saya pun teringinlah nak mencuba sendiri keenakan cocnut shake ini. Harga biasa adalah sebanyak RM 2.00 secawan. Tapi jika nada nak "special version", anda perlu membayar premium sebanyak RM 0.50 bagi setiap cawan on top of the basic price of RM 2.00. Maka harga total untuk premier class cocnut shake Tg. Bidara ini adalah sebanyak RM 2.50 secawan termasuk 6% cukai perkhidmatan. Untuk premier class, coconut shake itu akan dicampurkan dengan ais krim yang perisanya dirahsiakan

Setelah mencuba sendiri, maka saya berpendapat maka benarlah apa yang telah diperkatakan oleh banyak pihak bahawa tidak ada tempat lain yang boleh menandingi keenakan cocnut shake yang dijual di gerai ini. Bagi yang ingin mencuba, boleh lah mengunjungi gerai ini yang terletak di persimpangan T Jalan Londang-Tanjung Bidara dan Tangjung Bidara-Masjid Tanah Bypass Link(TB-MTBL). Bagi GPS lover anda boleh menggunakan koordinat yang tertera dibawah. Selamat mencuba.

Lokasi: N2 18.183 E102 05.097

0 komen: