Monday, July 4, 2011

BigBreakfast @ McD Taman Dagang Jaya, Ampang

by MKA,

Suatu pagi ahad yang hening. Tetiba kami sekeluarga terasa macam nak bersarapan di McD. Maka dengan cargas kami pergi ke McD yang terdekat iaitu Taman Dagang. Cawangan ini memang mengalami krisis pekerja pada waktu pagi terutama pada hujung minggu. Selalunya pelanggan terpaksa menunggu agak lama untuk menerima makanan yang telah ditempah. Tapi nak kata lama sangat tu tidaklah. Nak kata cepat pun tak boleh. Agak lambat, tapi tak banyak sangat, nak kata tak banyak sangat-sangat pun tidak lah seteruk itu, tapi nak kata tak teruk langsung pun tak boleh, tapi secara keseluruhannya, tidaklah teruk mana, tapi bagi orang yang kurang sabar, kadang-kadang boleh jadi teruk sedikit, seperti yang saya kata tadi, tidaklah teruk sangat, bergantung kepada pendapat masing-masing.

Walaubagaimanapun, outlet ini adalah kegemaran kami berbanding Pandan Indah. Pandan Indah selalunya lebih sesak dan kedang-kadang terpaksa beratur panjang dan lama. Kawasan parking juga amat terhad.


Big breakfast set A adalah ideal bagi kami sekeluarga. Mermang cukup-cukup je untuk membuatkan semua orang kenyang. Tapi selalunya kami akan tambah order milo untuk anak-anak damit kami.


Kopi adalah minuman kegemaran Umar Zareef. Memang budak kopi die ni.

Selalunya si ayah lah kena makan hotcakes. 

Ini adalah cara makan burger untuk Irdina. Beliau tidak akan makan apa-apa selain cheese. Yang lain tolak tepi.

Pagi ini kami bertemu dengan budak di atas. Beliau agak nakal. Berhati-hati jika anda terserempak dengan beliau.


Irdina macam biasa, makan cheese.


Ini favourite Umar. Hashbrown.

Sekian...

1 komen:

IrdinaZareef said...

budak x bole blah itu telah 'mengkepak' tgn zareef...tp mamat hensem tu siap gelak2 lg...adehh...ibu yg saket jiwe..."syuuuu...pliz2 go away...adek eat...do not disturb"