Saturday, October 15, 2011

Hakimi menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan

by MKA,

Di bawah adalah video terbaru Affeq Darwish Hakimi atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Kimi. Setelah menjalani pembedahan di IJN pada 11/10/2011, beliau telah memberi respon yang positif serta menunjukkan tahap kesihatan yang membanggakan. Beliau telah dibedah bagi menutup lubang yang terdapat pada salah satu arteri beliau yang mana, darah yang keluar dari lubang tersebut membanjiri paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas. Diharapkan, Kimi akan sihat semula serta boleh bermain dengan Kakak serta Saudara susuan beliau. Amiiin.

Kami seisi keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat dari para pembaca budiman serta rakan-rakan facebook. Sekian Terima Kasih. Sekian,

0 komen: