Saturday, July 23, 2011

Lok Lok King on Wheels, Ampang

by MKA,

Semasa kami berada di Taman Desa Ampang, kami terserempak dengan lori kecil yang menjual yong tau foo. Oleh kerana ramai juga yang berhenti untuk membeli di sini, kami pun terasa juga ingin mencuba. Menurut mak cik ini, beliau selalu bergerak di sekitar Ampang dan Cheras. Tetapi semasa gambar di bawah diambil, beliau sedang berniaga di hadapan kedainya iaitu di Desa Ampang berhampiran dengan Klinik Fauziah, Ampang.

Kebanyakan pelanggan beliau di sini terdiri daripada warga Indon serta Rohingya yang sememangnya banyak bermastautin di kawasan sekitar. Ini juga mungkin indikasi bahawa harganya yang berpatutan. Memang dari pengalaman kami sendiri harganya memang agak murah sedikit jika dibandingkan dengan harga biasa di restoran atau gerai-gerai lain. Bolehlah dikatakan bahawa harganya 10 hingga 15% lebih murah jika dibandingkan dengan bahan yang sama dijual di foodcourt di pasaraya besar.

Mak Cik ini berniaga sambil dibantu oleh anak lelaki beliau. Selain dari di hadapan kedai beliau di Ampang, beliau juga bole dijumpai di kawasan pasar malam di sekitar Ampang, Kg. Cheras Baru dan di beberapa kawasan perumahan lain di Cheras dan Kajang. Selain dari itu, di kedai beliau anda juga boleh membeli makanan sejuk beku seperti donut, popia dan lain-lain.

Presentation agak memuaskan. makanan diletakkan di atas revolving platform. Anda boleh memusingkannya untuk membuat pilihan. Memang terlalu banyak pilihan yang terpampang di hadapan mata. Jika anda tidak kuat semangat memang rasa untuk mengambil kesemuanya. Anda akan disediakan dengan sebuah mangkuk untuk mengumpul kesemua pilihan steam boat yang anda mahukan. Harga dikira mengikut bilangan lidi yang diambil dan terdapat tiga warna yang dilekatkan pada lidi yang bermakna terdapat tiga bilangan harga.


Selepas selesai membuat pilihan, makanan yang diambil akan direbus selama lebih kurang lima minit sebelum ia boleh dibungkus. Selepas itu apalagi, bayar laaa, mana ada free.

Anda juga boleh "like" di dalam facebook. Ia juga satu strategi marketing yang digunakan. Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui.Mereka juga ada menyediakan pakej perniagaan franchais kepada yang berminat untuk menceburi didalam bidang ini. Pakej yang ditawarkan pula adalah serendah RM 10,000.00. Jika anda inigin menyertai LLK di facebook anda boleh klik di sini.

Sekian. Terima Kasih.

PhotoCredit : MKA

0 komen: