Sunday, July 17, 2011

Laluan terus ke syurga

MKA,

Al-Fatihah kepada anak buah kami, Iman Humaira yang kembali ke rahmatullah pada hari ini 16 Julai 2011 bersamaan 14 Syaaban 1432 Hijrah setelah hampir dua tahun menderita penyakit kanser neuroblastoma.

Keadaan beliau menjadi semakin serius semenjak dua minggu lepas. Percubaan terakhir doktor untuk membedah bagi mengeluarkan sel kanser hampa apabile mendapati tumor yang berada di dalam badan beliau telah pecah serta menyebabkan pendarahan dalaman yang banyak. Dalam minggu-minggu terakhir beliau, morfin terpaksa diberikan bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Pada 11 Julai 2011, dilaporkan bahawa keadaan beliau semakin serius. Perut semakin kembung dan pernafasan tersekat-sekat.

Memang amat sukar untuk kita membayangkan betapa perit penderitaan yang dialaminya lebih-lebih lagi bagi seorang kanak-kanak yang belum pun mencecah usia 3 tahun. Hampir 2/3 dari hayatnya beliau bertarung dengan penyakit yang dialaminya. Walaubagaimanapun, semangat beliau memang sangat kuat untuk hidup dan terus melawan penyakit yang dialaminya. Tetapi akhirnya Allah lebih sayangkan beliau dan Iman dipanggil untuk mengadap Nya sebelum sempat menyambut ulangtahun ketiga. Berbahagialah kamu di tempat yang telah disediakan untukmu di dalam syurga.

Keadaan beliau semasa menjalani rawatan kemoterapi.
Iman Humaira, 2008-2011

Photo credit: Norhazlinda Hanapi

0 komen: