Sunday, October 2, 2011

Kepale Umar Zareef berlobang sampai nampak tengkorak

Ini lah padahnye apabila Omar Jalip yang suka berlari pecut di dalam rumah menerima padah apabila kaki beliau tersadung 1 kaki dari sliding door lantas terhantuk pada bucu sliding door yang tajam.Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi, 1 oktober 2011. Beliau yang mengalami luka sedalam setengah inci, dikejarkan ke klinik berdekatan. Namun agak malang bagi beliau kerana sesampainya disana, ada seorang lagi mangsa kecederaan yang lebih parah sedang menerima rawatan dan terpaksa menuggu lama. Maka kami mengambil keputusan untuk mengejarkan beliau ke hospital pusrawi.

Di sana beliau telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan luka tersebut ditampal menggunakan gam. Beliau yang dikerumuni pemberita selepas menjalani rawatan, berasa amat menyesal terhadap kelalaian beliau sehingga berlakunya kemelangan yang amat dasyat ini. Beliau juga berjanji akan lebih berhati-hati semasa berlari atau memanjat di dalam rumah. Apabile ditanya kemungkinan untuk beliau berhenti dari bergerak aktif di dalam rumah, beliau menjawab kejadian ini tidak sedikit pun akan menjejaskan prestasi beliau malah kejadian ini akan memberi lebih semangat lagi untuk berlari lebih laju serta memanjat dengan lebih tinggi lagi. Walaubagaimanapun beliau menerima kejadian ini dengan hati yang redha dan menganggap ini adalah takdir dari Allah yang maha Esa. Segala yang berlaku ini ada hikmahnya.


Mata beliau terpaksa ditutup bagi mengelakkan silau.

Bantuan oksigen diberikan.




Kakak beliau tetap setia menemani Umar.

3 komen:

Wan cu said...

Irdina:Tulah dik akak dh ckp jgn pecut kat sini, akak ajak gi track x mau
Umar: Adik ingat nk lompat pagar berhalang tp kaki dh tersangkut nk buat camne..
Irdina: Dik buat cool je tp perut akak dh kecut ni..akak takut ibu jd singa jap lagi

IrdinaZareef said...

Hahaha..nice

IrdinaZareef said...

Hahaha..nice